Al-Ahli Saudi FC

Kelab Bola Sepak Al-Ahli Saudi ( Arab: النادي الأهلي السعودي, rumi: an-nādī al-ʿahlī as-saʿūdī, lit. 'Saudi National Club'code: ar is deprecated 'Saudi National Club'), lazimnya disebut sebagai Al-Ahli, atau Al-Ahli SFC adalah kelab sepak bola professional yang berpangkalan di bandar Jeddah. Kelab ini turut bersaing dalam Liga Pro Saudi, kejohanan bola sepak paling mahsyur di negeri Arab Saudi. Kelab ini merupakan salah satu kelab paling tua di negara itu, ditubuhkan pada tahun 1937. Al Ahli ialah salah satu di antara 6 kelab besar Saudi (Al-Nassr, Al Ahli, Al Ittihad, Al Ettifaq, Al Shabab dan Al Hilal) paling berjaya. Dalam negara, Al-Ahli berjaya memenangi tiga Liga Profesional Saudi, juga memegang rekod 13 Piala Raja-raja, enam Piala Putera Mahkota, satu Perisai Liga Umum dan satu Piala Super. Dalam bola sepak kelab antarabangsa, mereka telah memenangi rekod yang sama dengan 3 Liga Juara-Juara GCC dan 1 Kejohanan Kelab Champions Arab (Arab Club Champions Cup dari UAFA), serta rekod pertandingan yang elok di Kejohanan Liga Champions AFC. Al Ahli ialah kelab Saudi pertama yang berjaya memenangi liga dan Piala Raja pada musim secara bersamaan bahkan berjaya melakukannya dua kali pada tahun 1978 dan 2016.Al-Ahli pernah mengalami relegasien dari liga teratas sehingga musim 2021–22. Di mana kelab ini sempat terpuruk dan turun ke Divisyen 2 Liga Saudi. Musim 2022-2023 Al Ahli kembali di promosikan ke Divisyen 1. Meskipun sempat terdegradasyen dan mengalami kesulitan dalam pelbagai hal ehwal, Al-Ahli satu-satunya klub di Saudi yang memegang rekod tanpa kalah paling lama dalam liga dengan 51 permainan bersih tanpa kekalahan dari tahun 2014 hingga 2016.Permainan laga bola Al-Ahli dimainkan di Stadium King Abdullah Sports City, juga mendapat sapaan di Bandar Riyadh sebagai Stadium permata yang bersinar. Stadium itu juga dikongsi pesaing dari bandar yang sama iakni Al-Ittihad yang telah berlangsung sejak dasawarsa lamanya. Stadium itu memiliki jumlah kapasiti kira-kira sebanyak 63,000 penengok.Pemain Arab Saudi yang paling terkenal di Kelab ialah Taisir Al-Jassim, Khalid Massad, Amin Dabo, Mohamed Abd Al-Jawad, Malek Mouath, dan Yasser Al-Mosailem; pemain luar negara yang paling terkenal diantaranya Omar Al Somah, Victor Simões, Nabil Maâloul, Imad Al Hosni, Mohamed Barakat, Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Allan Saint-Maximin dan Franck Kessié .